Blog Informasi, Idea, Kreatif

Wanita Mati Minum 10 Liter Coca-Cola Setiap Hari


Anda gemar minum air berkarbonat terutamanya Coca-Cola? Mungkin selepas mengetahui berita ini anda seharusnya mengurangkan tabiat buruk tersebut.

Seorang ibu kepada 8 orang anak, Natasha Harris, 31 tahun dari New Zealand dipercayai mati disebabkan meminum air Coca-Cola dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu kira-kira 10 liter setiap hari. Tabiat buruk yang diamalkan beliau selama bertahun-tahun itu disifatkan oleh ahli keluarga beliau sebagai satu ketagihan yang tidak dapat dihentikan.

Tabiat meminum Coca-Cola beliau telah menyebabkan beberapa batang gigi beliau terpaksa dibuang kerana telah mereput dan salah seorang daripada anaknya lahir tanpa enamel pada giginya. Natasha yang mati pada Februari 2010 lalu dikenal pasti punca kematiannya melalui laporan bedah siasat yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemeriksaan tersebut mendedahkan pembesaran pada bahagian hati beliau dengan diselaputi deposit lemak yang disebabkan oleh kandungan gula yang terlalu tinggi. Selain itu, dengan tabiat meminum Coca-Cola yang berlebihan tersebut, dianggarkan pengambilan kaffein beliau menjangkau sebanyak 970 mg sehari dan gula sebanyak labih daripada 1 kilogram sehari. Bayangkan anda beli sepaket gula dan makan setiap hari, begitulah perumpaannya.

Bagi yang ada tabiat buruk sebegini, labih baik hentikan sahaja. Lagipun entah apa lagi yang terdapat dalam Coca-Cola tersebut, nak-nak pula resipi membuat air berkarbonat tersebut memang menjadi rahsia mereka yang dijaga ketat selama ini.

Sumber dari TVNZ

2 ulasan

  1. bahaya betul bila dah ketagih minum air gas nie....adessss

    BalasPadam