Tidak lama dahulu saya pernah paparkan tentang hotel mewah dalam air di Dubai, kali ini saya nak paparkan tentang suasana hotel mewah juga cuma rekaannya lebih konvensional dan bersuasana kampung.
Hotel yang bernama Viceroy Bali ini terletak di Bali, Indonesia dan menempatkan sebanyak 25 buah villa mewah yang turut dilengkapkan dengan kolam renang peribadi. Terletak di kawasan yang digelar 'Lembah Raja-Raja' (Valley of the Kings) kerana menurut penduduk tempatan beberapa generasi kerabat diraja Bali pernah menetap di kampung-kampung berdekatan.
Villa-villa tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran dan bar, spa dan pusat kecantikan, kolam renang, gym, perpustakaan, pemandangan luar yang indah dan menyamankan, dan banyak lagi.
Sumber dari Viceroy Bali
Tiada ulasan
Catat Ulasan