Selalunya untuk menyejukkan air yang baru dibancuh, kita memasukkan ais ke dalam minuman tapi tahukah anda sebenarnya ais batu ini mempunyai keburukannya yang tersendiri.
Antaranya adalah kemungkinan terdapatnya bendasing seperti bahan kimia yang tidak diingini di dalam ais batu tersebut, selain ianya akan cair di dalam minuman dan membuatkan minuman menjadi semakin tawar atau kurang rasanya. Untuk mengatasi masalah ini, Dave dan Calvin Laituri dari Massachusetts, Amerika telah menghasilkan projek ais batu yang diperbuat daripada bongkah keluli untuk menyejukkan minuman. Produk ini digelar sebagai 'pucs'.
Projek ini dipamerkan di dalam laman web Kickstarter dan mendapat sambutan menggalakkan dengan dana melebihi 40,000 US Dollar berjaya dikumpul setakat ini. Ais batu bongkah keluli yang boleh dicas semula ini didatangkan dalam satu set yang terdiri daripada 6 unit bongkah di dalam bekas kayu yang sangat cantik dan menarik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang unik ini anda boleh kunjungi laman web kickstarter di sini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan