Jambatan yang digelar sebagai Moonlight Rainbow Fountain ini adalah merupakan jambatan air pancut terpanjang di dunia yang telah mencatat nama di dalam Guinness World Record dengan kepanjangan 1,140 meter.
Ianya terletak di Seoul, Korea Selatan.
Jambatan ini terdiri daripada dua buah jambatan yang dibina di atas salah satu, ataupun dengan kata lain, double deck bridge. Jambatan atas digelar Banpo Bridge manakala di bawah pula adalah Jamsu Bridge. Ketika musim tengkujuh, jambatan bawah iaitu Jamsu Bridge direka untuk tenggelam di dalam air semasa paras air sungai meningkat.
Pada bahagian air pancutnya pula dipasang dengan 10,000 lampu LED di kedua-dua belah bahagian jambatan. Siap dipasang pada tahun 2009, air pancut ini mampu memancutkan 190 tan air setiap minit di mana air tersebut dipam dan dikitar semula dari sungai dibawahnya. Ianya dilengkapi dengan sebanyak 38 buah pam dan 380 muncung pada setiap bahagian jambatan dan air yang dipancutkan mampu mencapai sehingga 43 meter jauh.
Nampak menarik kan. Tempat sebegini paling seronok jika dikunjungi pada waktu malam.
Sumber dari Wikipedia, Visit Korea
saya rasa nak lalu bawah lorong air jer hee.. konon2 pasang angan2 dpt capai pelangilah heee
BalasPadamhehe, mesti seronok kalau dapat lalu bawah tu.
Padamled lampu2 di akui mhal2 gak hee.. apa lgi jenis warna2 agak2 shbt brpa anggaran utk bina sebuah jambatan camni?
BalasPadamkalau tak silap kos keseluruhan jambatan ni lebih kurang 16 juta us dollar.
Padamklu kt KLIA ada satu tgh2 ada org mengadap pancuran ini mustahil kt tempat luar negara lbih ramai org bt begini..duduk2 sambil ambil angin ptg,,malam heee
BalasPadamhaha, itulah. boleh juga jadi tempat tarikan pelancong.
Padamtiba2 rasa nak gi korea
BalasPadamkat bawah tu molek juga kalau ada warung untuk minum kopi
hehe
hehe, kalau dapat minum teh tarik kat bawah tu pun sedap jugak.
Padamcantik..mesti nak kena monitor selalu..mana yang tersumbat mesti dah jadi tak cantik
BalasPadamitulah, mesti kos maintenance dia pun mahal jugak.
Padam