Blog Informasi, Idea, Kreatif

Discover Good Music: BOY - Little Numbers

boy-duo-little-numbers
Sebelum ini dalam siri Discover Good Music saya pernah tampilkan tentang satu lagu menarik bertajuk Your Hand in Mine dari band Explosions in the Sky. Memandangkan lagu tersebut tu memang mood sedih, kali ini saya nak ketengahkan sebuah lagu yang agak happy-happy sikit, hehe.

Lagu yang bertajuk Little Numbers ini adalah nyanyian sebuah kumpulan atau lebih tepat dipanggil duo yang berasal dari Switzerland dan German yang digelar BOY. Ditubuhkan pada tahun 2007, duo ini terdiri daripada dua gadis yang cantik-cantik belaka, iaitu penyanyi Valeska Steiner (Swiss) dan bassist Sonja Glass (German).

Album sulung mereka yang bertajuk Mutual Friends telah dikeluarkan pada tahun 2011 yang lalu. Hmm, lama juga mereka nak keluarkan album debut. Jadi apa kata kita layan lagu mereka yang bertajuk Little Numbers ini. Lagu ni macam sesuai pula untuk iklan-iklan komersial ala-ala hipster, haha. Untuk ketahui lebih lanjut tentang BOY ini, anda boleh lawati laman Facebook mereka.



Tiada ulasan

Catat Ulasan