Jika di Malaysia kita sudah mempunyai Legoland, di Denmark pula bakal dibina bangunan unik yang mengambil konsep rekaan Lego iaitu Lego House atau rumah Lego. Bangunan yang bakal menjadi Lego 'experience center' ini terletak di Billund, Denmark, tempat di mana lahirnya mainan ikonik ini.
Direka oleh design firm dari Denmark, BIG, bangunan ini mempunyai struktur luar yang menyerupai susunan blok-blok Lego gergasi. Rumah Lego ini mempunyai keluasan 7600 meter persegi dan setinggi 30 meter. Ianya bakal dilengkapi dengan pusat pameran, kafe, kedai Lego yang unik, dan juga taman di atas bumbung.
Pembinaan Lego House ini bermula pada awal 2013 dan dijangka siap pada tahun 2016. Rasanya jika bangunan ini siap dibina nanti, mana yang lebih menarik perhatian, Lego House atau Legoland? Hehe. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah:
sumber dari Design Taxi
menarik la rumah ni :)
BalasPadamhehe, memang menarik :)
Padam