Antara langkah untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan mereka rumah yang lebih kompak dan minimalistik seperti rumah sempit yang direka dengan bijak di Jepun ini. Di China pula, Studio Liu Lubin telah mereka rumah mikro yang direka khas mengikut spesifikasi keperluan minimum hanya untuk keperluan asas penduduk rumah seperti untuk duduk, berdiri dan baring.
Dipamerkan di Beijing, rumah mikro ini direka dengan fungsi menggabungkan perabot dan elemen senibina menjadi satu. Setiap unit berfungsi sebagai tempat rehat, bekerja, membasuh, memasak dan sebagainya. Unit-unit rumah tersebut pula bukan sahaja mampu berfungsi sebagai sebuah bilik, malahan boleh digabungkan bersama untuk membentuk blok perumahan yang lebih besar.
Dibina menggunakan komposit fiber yang diperkuatkan, rumah ini mudah untuk diangkat dan dipasangkan menggunakan tangan. Dengan semakin berkurangnya tanah untuk didiami dan pertambahan populasi penduduk dunia, tak mustahil konsep rumah mikro ini akan semakin mendapat tempat suatu hari.
Baca lagi: Apartment bersaiz keranda yang sadis di Jepun
pandangan hadapan
pandangan belakang
bahagian dalam
bahagian dalam 2
detail
proses penghasilan
blok perumahan: konsep perumahan masa hadapan?
section
sumber dari Design Boom
fuh, idea mereka ni
BalasPadamsiapa yang kemudian dapat bahagian atas
hehe