Oleh itu sistem persekolahan di Sweden bertekad untuk melakukan anjakan paradigma dan mengubah sistem persekolahan untuk memupuk daya kreativiti para pelajar.
Vittra yang mengoperasi 30 buah sekolah di Sweden melakukannya dengan mengubah landskap bilik darjah dengan menjadikan proses pembelajaran diadakan di mana-mana kawasan di dalam kampus dan menghapuskan sistem bilik darjah.
Sekolah terbaru yang dibuka oleh Vittra pada Ogos lalu, Telefonplan, kelihatan seolah-seolah seperti pejabat kreatif yang biasa kita lihat di pejabat Google mahupun Facebook. Direka oleh firma senibina Rosan Bosch, kampus yang terletak di Stockholm itu membenarkan para pelajar untuk melakukan tugasan menggunakan laptop masing-masing di mana-mana kawasan yang disediakan di kampus tersebut.
Jannie Jeppesen, pengetua sekolah tersebut berkata suasana dan sistem yang disediakan bertujuan untuk merangsang sifat ingin tahu dan kreativiti kanak-kanak serta menyediakan mereka lebih kebebasan untuk belajar sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
Vittra tidak memberi grade atau markah kepada pelajar tetapi pelajar diajar mengikut kebolehan masing-masing, yang dianggap mampu memaksimakan proses pembelajaran dan pengajaran. Suasana sekolah tersebut yang terbuka dengan menghapuskan sistem bilik darjah menggambarkan falsafah sekolah tersebut yang mengatakan kanak-kanak belajar mengikut keperluan, sifat ingin tahu dan kecenderungan masing-masing.
Tak mustahil pada masa hadapan akan lebih banyak sekolah di seluruh dunia yang mengaplikasikan sistem persekolahan sebegini.
Tambahan: Do Schools Kill Creativity?
Sumber dari Good News
Tiada ulasan
Catat Ulasan