Ketika menonton berita lewat jam hampir 9 malam tadi, saya dikejutkan dengan satu berita yang agak menyedihkan. Komposer dan penyanyi lagu puisi terkenal tanah air iaitu Zubir Ali telah meninggal dunia kerana masalah komplikasi jantung pada pagi tadi di Hospital Pakar Damansara.
Secara jujurnya saya tidak begitu mengenali karya-karya Allahyarham tetapi satu lagu dendangannya telah membuka mata saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Lagu yang dimaksudkan ialah Balada Seorang Gadis Kecil yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Munir yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis pada peristiwa berdarah Sabra dan Shatila. Tragedi tersebut berlaku pada 1982 dan menyaksikan terbunuhnya hampir 3000 orang penduduk Palestin kerana disembelih rejim Zionis dan sekutunya yang ketika itu diketuai oleh Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar buat industri seni negara khususnya dan negara amnya. Sama-samalah kita menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.
Al-Fatihah...
Tiada ulasan
Catat Ulasan