Aduhai rafa si pekebun
Sudah kering air liur kami menasihati
Kami tahu la anda punya kepala separa botak, berkumis lebat seksi bergaya
Namun jangan pula itu dijadi modal untuk membangga diri
Hentikanlah projek sistem tanaman bergilir anda yang kurang mendatangkan hasil
Kami penduduk kampung lama kempunan merasa ulam pucuk janggus bergred 19
Bergred 19 ya, kerana yang bergred 18 disimpan rapi di dalam almari sekian lama berkulat
Aduhai rafa si pekebun
Cukup-cukuplah menggaji pekerja asing dari selatan amerika tersebut
Sudahlah kerjanya boncai, dibelanya pula ulat beluncas di ladang tanaman
Kempunan kami lagi merasa bergred 19
Aduhai rafa si pekebun
Tak dapat musim ni, mungkin musim depan pula kami merasa bergred 19?
Itupun jika ketua kampung masih bertimbang rasa
Benarlah kata orang
Punya kepala separa botak, berkumis lebat seksi bergaya sahaja
Memang tak jadi
Aduhai rafa si pekebun
Sekadar catatan bosan di pagi hari
Ko ni meluahkn perasaan ke
BalasPadamheheh..meluahkn prasaan kpd si merah..
BalasPadamjgn hrp la blh dpt yg ke 19 dlm season ni jgk,hehe
BalasPadam