Ketika musim peperiksaan pelajar universiti biasanya jadi stress. Ada macam-macam gejala yang menunjukkan anda sedang stress.
Apabila anda seorang pendengar muzik metal kental tiba-tiba berubah menggemari lagu Gee oleh SNSD sehingga sanggup menggoogle liriknya dan mengenali setiap sembilan ahli kumpulannya, memang sah-sah anda sedang stress melampau.
"Gee Gee Gee Gee, Baby Baby Baby"
Saya nyanyi dalam kepala ketika hendak ke dewan makan, sambil teringat gerak tari mereka di dalam video klip.
"Gee Gee Gee Gee, Baby Baby Baby"
Ketika hendak mandi.
"Gee Gee Gee Gee, Baby Baby Baby"
Masa tengah study.
"Gee Gee Gee Gee, Baby Baby Baby"
Semasa membasuh baju.
"Gee Gee Gee Gee, Baby Baby Baby"
Ketika ingin memakai baju untuk ke dewan peperiksaan.
Dalam dewan peperiksaan biasanya saya akan berfikir seketika untuk mengeluarkan jawapan yang dihafal, nak-nak pula soalan susah yang saya tidak jangka akan masuk. Beberapa minit saya memerah otak, mencari jawapan yang tersembunyi dalam benak. Saya kaku seketika. Tak lama kemudian..
Aha! Jawapan sudah mari. Saya gembira, bersyukur. Ketika ingin menulisnya di atas kertas..
"Gee Gee Gee Gee, Baby Baby Baby"
Habis hilang. Semua.
haha.aku ingt aku sorang je la yang minat lagu tuh.haha
BalasPadam:D
rmai lg yg mnat sbenarnye..cme malu nk ngaku.hahaha..
BalasPadam