Blog Informasi, Idea, Kreatif

Fanboy

Saya seorang yang agak 'fanboy'. Kalau saya minat sesuatu benda saya akan minat gila-gila dengan benda tersebut dan tak peduli dengan benda lain. Selalunya saya men'fanboy'kan diri dengan band muzik. 

Semasa darjah 1 dulu saya gila minat dengan band XPDC sampai semua album XPDC saya beli dan siap boleh hafal lirik setiap lagu. Masa darjah 3 saya pernah nyanyi satu lagu XPDC depan rakan-rakan sekelas sambil berdiri atas kerusi semasa waktu rehat walaupun saya sedar suara saya sengau amat. Tapi saya tak peduli, saya berimpian nak jadi Mael XPDC. Minat punya pasal, saya pernah lukis gambar Mael XPDC pada halaman belakang buku latihan Bahasa Melayu yang nasib baik tidak berjaya dikesan oleh guru.

Kemudian band Metallica menjengah dalam hidup saya. Sama juga, setiap album Metallica saya dapatkan walaupun ketika itu masih bersekolah rendah dan bajet teramatlah ciput, lebih-lebih lagi zaman download mendownload masih belum muncul.

Masuk sekolah menengah, saya mula minat band ACAB dan mula melupakan XPDC dan Metallica. Dari ACAB saya cari band-band lain yang seangkatan samada dari dalam atau luar negara.

Kemudian saya bertukar-tukar menjadi 'fanboy' kepada beberapa band seperti Dream Theater, Tool , Radiohead, dan Rage Against the Machine sehinggalah sekarang. Saya seperti hanya mampu meminati satu band pada satu masa. Yang peliknya sindrom ini bermusim, bertukar-tukar mengikut keadaan.

Sekarang saya minat apa?

Errrrr.... 


So Nyuh Shi Dae?


******
Cettt..

2 ulasan