Blog Informasi, Idea, Kreatif

Penyanyi Punk Rock Menukar Jantina Menjadi Seorang Wanita

Tom Gabel, penyanyi utama band punk rock Against Me! bercadang untuk menukar gender menjadi seorang wanita. Penyanyi berusia 31 tahun itu yang ketika ditemubual Rolling Stones memberitahu semasa kanak-kanak beliau sering rasa terasing dengan tubuhnya sendiri dan berada dalam keadaan gender dysphoria. Beliau merancang untuk mengambil hormon dan bercadang untuk menjalani pembedahan menukar jantina.


"I was a teenage transgender"

Nama baru beliau akan ditukar kepada Laura Jane Grace. Menurut beliau lagi, beliau tidak tertarik kepada lelaki dan masih bercadang untuk mengekalkan perkahwinannya bersama isteri beliau, Heather yang bersama-sama mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun, Evelyn. Beliau hanya memberitahu hasratnya untuk menjalani operasi menukar jantina kepada ahli keluarga dan rakan-rakan karib sebelum mengumumkannya kepada awam. Beliau mengambil keputusan untuk meluahkan hasratnya itu kepada Rolling Stone kerana beliau merupakan major rock star yang pertama yang akan menjalani penukaran jantina.

Saya sebagai seorang peminat yang tidaklah berapa tegar sangat, cuma melayan certain2 lagu mungkin selepas ini akan melihat lagu 'Baby, I'm An Anarchist' sebagai 'Baby, I'm A Transgender'? Dan mungkin Against Me! tidak mempunyai peluang yang beberapa cerah untuk membuat persembahan live di Malaysia selepas ini.

"He runs like a girl" - Youtube commenter

Tiada ulasan

Catat Ulasan