Blog Informasi, Idea, Kreatif

Seorang Lelaki Menukar Nama Kepada Tyrannosaurus Rex

Jika anda seorang usahawan muda yang memerlukan perhatian yang lebih untuk menjual produk anda, apakah yang anda akan lakukan? Oh, bukan, maksud saya selain menghantar email spam kepada rakan-rakan facebook dan mengatakan anda mempunyai seorang rakan dari Nigeria yang memerlukan bantuan, maksud saya sesuatu yang manusia waras akan lakukan?

Ya, dengan menukar nama anda kepada seekor jenis dinosaur.

Seorang usahawan, Tyler Gold, 23 dari Amerika telah meminta mahkamah untuk menukar namanya kepada 'Tyrannosaurus Rex',  dengan alasan sebagai seorang usahawan, beliau memerlukan nama yang mudah dikenali, selain menganggap nama baru beliau itu lebih cool. Ya, mungkin nama itu cool memandangkan jika anda seorang usahawan yang tidak teragak-agak untuk menggigit leher pelanggan sehingga putus sekiranya mereka menolak untuk membeli produk ubat kuat anda. Apa-apa pun dalam perniagaan, impression management itu penting.

Nama baru beliau ialah Tyrannosaurus Rex Joseph Gold.

"Excuse me sir, I'm trying to sell some products here."


Tiada ulasan

Catat Ulasan