Blog Informasi, Idea, Kreatif

Seorang Lelaki China Mati Selepas Berjaga 11 Malam Demi Euro

euro-2012-logo

Peminat bola sepak China mati selepas berjaga 11 malam tanpa tidur menonton perlawanan EURO 2012. Jiang Xiaoshan mati akibat keletihan pada 19 Jun lalu selepas dilaporkan berjaga setiap malam untuk menonton EURO bersama rakan-rakannya.

Selepas menonton Itali menewaskan Republic Ireland, penyokong pasukan England dan Perancis yang berusia 26 tahun itu pulang ke rumahnya di Changsha pada 5 pagi, mandi dan lalu tertidur. Dia tidak bangun-bangun lagi selepas itu.

Sumber mendakwa bahawa gabungan kesan daripada alkohol, rokok dan kekurangan tidur yang melampau menjadi punca kematiannya.

Rakan-rakannya yang terkejut selepas mengetahui kematiannya menyatakan bahawa sebelum ini dia menjalani kehidupan yang agak sihat.

england-kalah-penalti-euro-2012
Jika bukan kerana kekurangan tidur, mungkin Xiaoshan akan mati juga akibat sakit jantung kerana kekalahan England


Ini bukannya pertama kali peminat telah mengalami masalah kesihatan akibat menonton pertandingan antarabangsa dari zon masa yang berlainan.

Sebelum ini beberapa orang pernah dimasukkan ke hospital semasa kejohanan Piala Dunia pada tahun 2006 dan 2010 akibat daripada keletihan.

Kerana perbezaan masa, semua perlawanan EURO 2012 dimainkan pada waktu tengah malam di China, seperti juga di Malaysia, namun diharapkan tiada kejadian seumpamanya berlaku di sini kerana faham-fahamlah rakyat Malaysia juga kebanyakannya kaki bola sepak luar negara (seperti saya).

Jika si Xiaoshan ini mengaplikasikan cara tidur 2 jam sehari yang pernah saya terangkan sebelum ini, mungkin kejadian sebegini tidak akan berlaku. Haha.

Sumber dari Daily Mail

Tiada ulasan

Catat Ulasan