Blog Informasi, Idea, Kreatif

GEMPAR! Kejadian Amuk Di JPM Gulingkan Kerajaan,Lelaki Ditembak Mati

amuk-di-jpm

Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri gempar apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai dengan niat untuk menggulingkan kerajaan.

Lelaki berbadan sasa tidak berbaju bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada jam 2.30 tengahari tadi sambil melaungkan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah perodua kancil dan dua proton waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Terbaru, The Star melaporkan lelaki itu dibawa ke Hospital Putrajaya tidak jauh dari situ sebelum meninggal dunia.
jabatan-perdana-menteri
kompleks-b-jabatan-perdana-menteri

Hoh. Berita ni menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Pertama, takkan tembak di tangan boleh mati kot? Tengok dalam gambar macam masih sihat walafiat. Atau mungkin lelaki tu ada sakit jantung, meninggal sebab terkejut? (just a theory).

Kedua, nak gulingkan kerajaan, takkan dua orang sahaja, dengan bersenjatakan hanya pedang samurai pulak tu? Siuman ke tidak? Atau sumber berita saja nak spin cerita? Atau mungkin diorang ni sebenarnya mengamuk dengan someone dekat pejabat kerajaan tu tapi berita pula yang spin cakap nak gulingkan kerajaan.

Ok. Cerita ni bagi saya tak boleh dibawa main, sebab dah melibatkan kematian. Konspirasi atau tidak, kalau sudah ada orang yang sanggup mati disebabkan tak puas hati dengan kerajaan, ianya harus diambil berat. Ingat macam mana revolusi Tunisia bermula yang seterusnya merebak ke seluruh tanah Arab dan tak berkesudahan hingga ke hari ini (baca: Syria)?

Semuanya bermula apabila seorang peniaga mati membakar diri sendiri sebab tidak puas hati dengan kerajaan. Ambil iktibar.

6 ulasan

  1. baru sat tengok dlm berita tadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah banyak jugak cerita ni keluar.bukan stakat kt berita.huhu

      Padam
  2. macam2 dunia ni ..manusia jadi makin berani sbb apa ehh? sbb nafsu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahlah.tp dengar cerita dia ni mengaku imam mahdi.maybe ada masalah mental sikit kot.

      Padam
  3. Betul gak..ini mesti ada kes aniaya ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aniaya atau tak,sebenarnya banyak pengajaran yg kita boleh dapat.

      Padam