Ajal dan maut datang tak mengira usia. Hari ini mungkin boleh bergelak ketawa, bertepuk tampar, tapi apa yang datang hari esok kita tak akan tahu. Mungkin ada seseorang yang bergurau senda dengan kita hari ini, mungkin esok dia sudah tiada.
Sebelum aku mati, apa yang aku nak buat.
Itu mungkin menjadi persoalan paling besar dalam hidup kita yang sememangnya sangat singkat ini. Bagi yang beragama Islam pastilah tujuan hidup untuk beramal ibadat dan melakukan seberapa banyak amal soleh supaya senang hidup kita di sana nanti.
Selain itu, mungkin ada juga yang kalau boleh sebelum mati nak mencapai impian masing-masing. Tengok anak-anak membesar, mengembara ke seluruh dunia, menulis buku, melukis komik, menjadi seorang yang berjaya dan macam-macam lagilah. Setiap orang ada impian masing-masing.
Atas kesedaran inilah, Candy Chang, yang sedang melalui hari-hari sukar atas kehilangan seseorang yang sangat disayanginya, berusaha untuk mengimbangi hidup beliau dengan mengetahui apa yang penting kepada orang-orang di sekelilingnya. Dengan bantuan rakan-rakan, Candy merenovasi sebuah rumah lama di kawasan kejiranannya di New Orleans menjadi sebuah papan hitam gergasi dengan tulisan "Before I die I want to______", supaya setiap orang yang lalu-lalang boleh berkongsi kisah kehidupan dan aspirasi peribadi kepada orang lain.
Projek yang hanya bermula sebagai eksperimen ini mula mendapat perhatian orang ramai dan mula berkembang. Harapan dan impian orang ramai yang tertulis di situ membuatkan Candy tertawa, menangis dan memberi ketenangan kepada beliau yang ketika itu sedang melalui hari-hari sukar. Ianya mendapat liputan dari The Atlantic yang menggelar projek ini sebagai salah satu projek komuniti paling kreatif, selain disiarkan dalam rancangan NBC's Rock Center With Brian Williams.
Mendapat banyak permintaan dari seluruh dunia, Candy dan rakan-rakan dari Civic Center membina laman web beforeidie.cc dan Before I Die Toolkit untuk membantu orang ramai menjayakan projek ini di komuniti masing-masing. Ianya mula berkembang ke serata dunia termasuk negara-negara luar seperti Afrika Selatan, Belanda, Mexico, Australia, Portugal, Kazakhstan dan banyak lagi.
“Death can inspire life. Especially in New Orleans, on the corner of Marigny and Burgundy, where the Before I Die project has used the specter of urban decay and death to create art and inspire. Using a boarded up house as a canvas, artist Candy Chang transformed a haunting reminder of blight and divestment into a powerful affirmation of human life and imagination.” – Life and Times
Tiada ulasan
Catat Ulasan