Blog Informasi, Idea, Kreatif

7 Atlit Olimpik Cameroon Hilang Larikan Diri Di London

atilit-olimpik-cameroon

Sekumpulan atlet dari Cameroon ini mungkin tidak memenangi apa-apa pingat, tetapi mereka yang datang dari negara miskin ini telah berjaya mencapai sesuatu yang mereka sangat harapkan - kebebasan!

Tujuh orang atlit iaitu lima orang peninju, seorang perenang dan seorang pemain bola sepak telah berpaling tadah dari negara mereka dengan melarikan diri, dan berkemungkinan untuk mencari suaka di Britain, menurut seorang pegawai yang mengetuai delegasi Olimpik negara tersebut.

Tujuh atlit Olimpik tersebut mempunyai visa British yang sah yang akan membolehkan mereka untuk tinggal di UK selama enam bulan. Kejadian ini bukanlah yang pertama kali berlaku kerana kejadian serupa pernah berlaku ketika temasya olimpik di Melbourne dan Athens dulu. Selalunya mereka tidak pernah pulang selepas itu.

Cameroon menghantar 37 atlit ke olimpik London dan lebih separuh daripada mereka, kebanyakannya pasukan bola sepak wanita telah meninggalkan bandar tersebut sebaik sahaja saingan mereka tamat. Cameroon yang rakyatnya majoriti berbahasa Perancis dengan 20 juta penduduk terletak di barat Afrika Tengah merupakan antara negara termiskin di dunia.

Penganjur Olimpik London berkata walaupun pegawai dari Cameroon telah meminta bantuan untuk mencari atlit yang melarikan diri tersebut namun atlit-atlit tersebut tidak melanggar syarat visa mereka atau mana-mana undang-undang imigresen.

Perkara ini biasa berlaku juga sebenarnya di negara kita. Jika di London rakyat negara lain masuk dengan menggunakan visa sebagai atlit Olimpik, di negara kita pula mereka menggunakan visa pelajar. Sambil menyelam minum air, bak kata orang.

Sumber dari Reuters

Tiada ulasan

Catat Ulasan