Blog Informasi, Idea, Kreatif

Persembahan Tarian Bikini Dalam Kapal Terbang

vietjet-air-bikini-show

Bikini show dalam kapal terbang?

Apakah hiburan yang terbaik untuk mengelakkan penumpang daripada bosan ketika naik kapal terbang selain daripada menonton movie dan bermain dengan budak kecik yang mabuk kapal terbang macam dalam cerita Mr Bean? Bikini show!

Itulah idea yang muncul dalam fikiran VietJet Air, syarikat penerbangan tambang murah ala-ala Air Asia dari Vietnam apabila mereka membawa penumpang terbang dari Ho Chi Minh ke kawasan pantai Nha Trang awal bulan ini.

Tapi malangnya sebaik gimik mereka ini mendapat perhatian meluas daripada orang ramai (dari Youtube terutamanya), VietJet Air didenda sebanyak 950 US Dollar oleh Pentadbiran Penerbangan Awam (Civil Aviation Administration) negara tersebut kerana menganjurkan persembahan yang tidak dibenarkan.

Tapi kami suka menganggap ianya disaman kerana jawatankuasa syarikat penerbangan ini terdiri daripada makcik-makcik yang feminis.

pramugari-cantik

Persembahan tersebut berlangsung selama tiga minit dengan penari-penari tersebut terdiri daripada peserta-pserta ratu cantik tempatan. Wakil daripada syarikat penerbangan itu berkata idea daripada bikini show itu datang daripada penerbangan mereka ke kawasan pantai dan untuk membuatkan penumpang gembira dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan, mereka menampilkan penari-penari yang berpakaian seperti penari Hawaii.

Ya, dan nampaknya penumpang-penumpang tidak kisah terutamanya yang lelaki kelihatan seronok mengeluarkan handphone masing-masing untuk merakam detik-detik manis itu. Anda boleh tonton video Youtube di sini. Tapi apa motif mereka pasang lagu 'banana'? Haha.

Diharapkan Air Asia tidak meniru gimik seperti ini untuk menjaga sensiviti umat islam negara ini.

Sumber dari Time

Tiada ulasan

Catat Ulasan