Paling teruk mungkin maki-maki di Facebook atau menyumpah seranah di Twitter. Tapi lain pula dengan seorang lelaki di Amerika Syarikat ini yang rebel dia lain macam sikit.
Beliau mengamuk dengan menghancurkan 7 buah kereta polis dengan menggunakan traktor.
Ketika kejadian, timbalan sherif Orleans County di Vermont, Amerika tidak menyedari kekecohan yang berlaku di tempat letak kereta kerana beliau bekerja di dalam pejabat dengan tingkap tertutup dan aircond terpasang. Sehinggalah seorang jiran menelefon 911 memberitahu tentang perkara yang berlaku.
Ketika itu, seorang lelaki, Roger Pion berusia 34 tahun telah meranapkan 7 buah kereta polis dengan menggunakan sebuah traktor yang besar kerana marah dengan penangkapan beliau sebelum ini akibat memiliki ganja.
Semasa timbalan sherif tersebut berlari keluar melihat kejadian, traktor tersebut sudah pun berada di atas jalan raya dan melarikan diri. Dengan semua kereta polis sudah dihancurkan, "kami tidak mempunyai apa-apa untuk mengejar beliau", kata timbalan sherif tersebut.
Nilai kerosakan dijangkakan bernilai US 300,000 Dollar tapi timbalan sherif tersebut bersyukur kerana sekurang-kurangnya tiada siapa yang cedera.
Sumber dari Associated Press
Tiada ulasan
Catat Ulasan