Blog Informasi, Idea, Kreatif

Tema Merdeka: Rais Yatim Tetap Berdegil

rais-yatim

Seperti yang semua sedia maklum, tema kemerdekaan kita tahun ini iaitu Janji Ditepati memang mendapat tentangan banyak pihak.

Senang cerita semua yang berkaitan dengan kemerdekaan ke-55 tahun ini boleh buat orang meluat dan sakit hati kadang-kadang, dari slogan, logo (yang kononnya ditukar setiap minggu), lagu (yang dikatakan diciplak dari lagu gospel Indonesia) beserta liriknya sekali.

Dengan rungutan dan kutukan yang tak pernah berhenti tu, apa pula respons menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim? Tak kan dia tak panas telinga?

Ini respons beliau kepada kita semua: "I don't give a fuck."

Ah, tidaklah beliau mengungkap ayat seperti di atas, tapi, faham kan maksud dia? Menurut beliau, tema kemerdekaan Janji Ditepati yang diputuskan Jemaah Menteri itu merupakan pilihan yang tepat kerana semasa musim ulang tahun kemerdekaan perihal janji kerajaan kepada rakyat perlu dihayati dan dirayakan.

Selain itu beliau mengatakan pembangkang dan sekutunya rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini sangat ketara tidak mempunyai rekod pencapaian. Tambah beliau lagi:

"Janji kerajaan kepada rakyat terisi sudah. Di musim ulang tahun merdekalah perihal ini perlu dihayati dan dirayakan. Jasa perjuangan lampau juga wajar diingati. Merdeka!!!"

Mungkin apa yang Rais Yatim dan gerombolannya di atas sana tak faham adalah, ramai yang tak puas hati dengan tema Janji Ditepati ini bukan sebab tugas pembangkang yang asyik nak membangkang keputusan kerajaan atau pasal logo yang sangat buruk tahap budak sekolah rendah baru belajar microsoft word tu, tapi sebab tema Janji Ditepati tu memang sangat-sangat sudah terang lagi bersuluh bermotifkan politik.

Ini adalah sambutan kemerdekaan negara, yang sepatutnya dirai oleh semua rakyat Malaysia tak kira apa fahaman politik, tapi sayang kerajaan mungkin dah terlalu desperate untuk mengekalkan kerusi dan mempengaruhi undi rakyat sampai mempolitikkan kemerdekaan negara.

Saya ingat lagi masa sekolah dulu cukup bersemangat betul bila menyanyikan lagu Keranamu Malaysia sampai terjerit-jerit. Memang cukup rasa patriotik dan timbul rasa sayangkan negara bila nyanyi lagu macam tu. Tapi lagu tema kemerdekaan tahun ni? Hampeh. Dengan BR1M, kedai 1Malaysia, klinik 1Malaysia pun dicampak masuk dalam lirik. Memalukan.

Kesian budak-budak sekolah kena nyanyi lagu hampeh macam tu. Kecik-kecik lagi dah kena brainwashed.

Sumber dari Sinar Harian

Tiada ulasan

Catat Ulasan