Anda tertekan dan sedang bersedih? Memaksa diri anda untuk senyum mungkin boleh membantu.
Kedengarannya mungkin agak aneh, dan mungkin akan dianggap sedikit tak betul oleh orang sekeliling, tengah tension buat apa senyum kan?
Tetapi satu kajian yang diterbitkan di Psychological Science menerangkan bahawa dengan memaksa diri untuk senyum, anda akan terasa lebih tenang.
Sekumpulan penyelidik, dengan menggunakan chopsticks, telah bereksperimen dengan memanipulasi muka 169 orang sukarelawan sama ada untuk membuat muka neutral (tidak senyum) atau senyum secara semulajadi. Sukarelawan tersebut, yang sesetengah daripada mereka telah diarahkan untuk senyum, kemudian melakukan beberapa aktiviti yang agak stress sambil terus memegang chopsticks tersebut ke mulut mereka.
Berdasarkan kadar jantung yang dipantau dan tahap tekanan (seperti yang diberitahu sukarelawan tersebut), para penyelidik mendapati mereka yang senyum secara semulajadi merupakan yang paling tenang ketika melakukan aktiviti tersebut. Mereka yang disuruh untuk senyum pula kadar jantung mereka lebih tenang berbanding mereka yang membuat ekspersi muka neutral (tidak senyum).
Jadi konklusinya, bila tengah stress atau bersedih tu, cuba-cubalah paksa diri untuk senyum walaupun agak kelihatan pelik kadang-kadang kerana sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan tekanan dan membuatkan anda lebih gembira. Lagi pun senyuman tu kan satu sedekah. Smile :)
Sumber dari The Atlantic
Tiada ulasan
Catat Ulasan