Pada 25 Mei hingga 11 Jun lalu, satu festival yang digelar Vivid Sydney telah dianjurkan di Sydney, Australia yang merupakan festival cahaya, muszik dan idea yang terbesar pernah diadakan di hemisfera selatan.
Dengan lebih daripada 60 persembahan cahaya yang dipersembahkan dengan menghimpunkan artis-artis dari seluruh dunia termasuk dari Perancis, Poland, Hong Kong, Scotland, Amerika, Brazil, Singapura, New Zealand dan Australia.
Antara yang mendapat perhatian adalah persembahan sekumpulan payung bercahaya yang dibentuk seperti igloo ini. Jurugambar Peter Craig telah menyediakan satu sudut di festival tersebut iaitu Walsh Bay Arts Precinct Light Walk. Di sana dipersembahkan hasil seni yang awesome direka oleh Anna Meister di mana sekumpulan payung digantung bersama-sama dan diberikan pencahayaan untuk menghasilkan igloo yang berkilauan. Sangat menakjubkan!
Mesti sangat awesome kalau boleh berdiri di situ pada waktu malam dan ambil gambar. Romantik.
Sumber dari My Modern Met
Tiada ulasan
Catat Ulasan