Blog Informasi, Idea, Kreatif

Pertandingan Mencari Orang Paling Malas Di Dunia

siesta-world-cup

Suka tidur berlebihan merupakan antara ciri-ciri orang yang malas.

Jika anda termasuk dalam kategori ini, usah risau atau susah hati kerana percaya atau tidak, orang malas juga sebenarnya dihargai.

Buktinya, mereka ini dihargai sehinggakan pertandingan piala dunia untuk mencari orang paling malas turut dianjurkan.

The Siesta World Cup, pertandingan peringkat dunia untuk mencari orang yang paling cepat tidur atau boleh juga dikategorikan sebagai orang paling malas, merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat pengiklanan Wieden+Kennedy Sao Paolo sempena perlancaran rancangan televisyen Comedy Central in Latin America tahun ini.

siesta-world-cup

Pertandingan ini bertujuan untuk membuktikan betapa tahap keseriusan yang diperlukan untuk terlena tidur sambil memecahkan rekod dunia untuk masa tidur yang paling cepat.

Ianya juga dianjurkan sempena meraikan sikap orang-orang Amerika Latin yang tak berapa nak serius dan kebolehan mereka untuk membuat lawak sesama sendiri, serta tradisi mereka yang gemar tidur pada siang hari.

Tonton video untuk lebih lawak:
tidur-paling-cepat
tidur-atas-keldai

Jadi amacam, anda rasa anda berkebolehan dan layak untuk masuk pertandingan ni? Jangan risau, tak dapat tahun ni, tahun depan mungkin boleh cuba. Haha.

Tiada ulasan

Catat Ulasan