Blog Informasi, Idea, Kreatif

Stesyen Bas Moden dan Unik Di Chile (10 Gambar)

pintu-masuk-stesyen-bas

Kebanyakan bandar-bandar di selatan Chile telah mengalami pembangunan di mana sistem pengangkutan keretapi yang satu masa dahulu telah menggerakkan bandar-bandar tersebut kini diganti dengan lebuh raya dan pengangkutan bas awam.

Stesyen bas yang baru dibina di Los Lagos Region dengan populasi seramai 1.24 juta penduduk di Chile ini direka dengan menggabungkan konsep ciri-ciri moden dan konsep rumah kayu, dengan bertujuan untuk menjalinkan harmoni dengan persekitaran sekelilingnya yang dipenuhi dengan rumah-rumah kayu.

Stesyen bas ini dihadiahkan oleh sebuah syarikat swasta kepada bandar tersebut.

Antara ciri menarik yang terdapat pada bangunan ini ialah ianya dibina dengan stuktur keluli pada bahagian dalam platformnya manakala pada bahagian luar pula bahagian facade diunjur ke luar untuk menampakkan ciri-ciri modernisme.

stesyen-bas-los-lagos-chile
facade-stesyen-bas-moden
bahagian-facade-moden
stesyen-bas-moden-chile
tangga-cermin-kaca
bahagian-luar-stesyen-bas
tandas-stesyen-bas
platform-tempat-menunggu-stesyen-bas
tangga-ke-tingkat-dua
 Sumber dari Archdaily

3 ulasan

  1. the breakthrough ;D

    BalasPadam
  2. Unik design dia. Cuma tak tau macam mana kalau ada bas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada bas mungkin nampak lebih meriah sikit. haha.

      Padam