Kota Baitul Maqdis (juga dikenali dengan nama Jerusalem) yang terletak di Palestin ini memang begitu dekat di hati umat Islam.
Merupakan kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah, kota ini memainkan peranan yang penting sebagai tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dan juga merupakan kiblat pertama bagi umat Islam.
Baitul Maqdis yang merupakan antara kota tertua di dunia ini selain merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, ianya juga merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Yahudi.
Di sinilah terdapatnya Haram al Sharif (Temple Mount) yang menempatkan Masjid al-Aqsa dan Kubah as-Sakhrah, dan juga tempat suci bagi orang Yahudi iaitu Western Wall (Wailing Wall) dan gereja Church of the Holy Sepulcre. Di gereja ini jugalah penganut Kristian mempercayai Nabi Isa AS telah disalib.
Sepanjang sejarahnya yang memakan masa ribuan tahun, kota Baitul Maqdis telah beberapa kali dimusnahkan, diserang dan ditakluk. Antara peristiwa penaklukan penting bagi umat Islam di kota ini ialah penaklukan oleh Saidina Umar al-Khattab RA dan juga Salahuddin al-Ayubi semasa perang salib.
Hari ini kota Baitul Maqdis berada di bawah kekuasaan Israel dan dijadikan ibu negara walaupun tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa. Memang tidak dapat dinafikan kota berusia ribuan tahun ini bukan sahaja menyimpan khazanah yang sangat berharga, malahan ianya menjadi pusat tumpuan dunia dalam konflik Israel-Palestin dan menjadi rebutan sejak sekian lama di antara penganut-penganut agama samawi (Yahudi, Kristian dan Islam).
Yang menjadi persoalannya bilakah agaknya Baitul Maqdis yang menempatkan Masjid al-Aqsa akan kembali ke tangan umat Islam. Mungkin ketika itulah Islam akan kembali menguasai dunia, insyaAllah.
Rebutan keatas kota ini dr tiga agama samawi pasti akan berpanjangan...yang nyata skg Yahudi sgt berkuasa ditempat suci ini....pasti satu hr nnti akan muncul seseorang yg mampu memimpin umat Islam dan menguasai kota ini...Insyaallah.
BalasPadaminsyaAllah akan muncul pemimpin seperti itu. tp sementara tu kita juga kena persiapkan diri dari awal.
Padamserius cantik belaka gambar2 tuh
BalasPadamyup, memang cantik :)
Padam