Facebook adalah merupakan antara media sosial yang paling ramai pengguna di dunia ini.
Untuk memastikan Facebook terus relevan dengan kehendak semasa, banyak perubahan yang dilakukan dan diperkenalkan.
Baru-baru ini Facebook melancarkan graph search yang memudahkan pengguna untuk membuat carian di dalam website tersebut dan kalau anda masih ingat lagi, tidak lama dahulu konsep timeline telah diperkenalkan yang telah mecetuskan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pengguna.
Apa yang menariknya tentang Faceook ini adalah ianya bukan sahaja mendapat perhatian daripada kalangan orang muda malahan menjangkau semua golongan usia. Mungkin salah satu penyebab kepada hal ini adalah design antaramukanya yang ringkas dan mudah untuk dilayari. Namun mungkin apa yang tak bestnya adalah designnya yang mungkin nampak tak berapa nak cantik dan agak mundane.
Menyedari kekurangan tersebut, seorang designer dari Sweden, Fred Nerby telah mencuba untuk mereka semula design laman sosial ini dan hasilnya memang nampak sangat menarik. Seumpama laman sosial yang betul-betul berbeza dengan Facebook sebelum ini pun ada nampaknya.
Namun design ini hanyalah salah satu projek seni beliau dan ditanya jika pihak Facebook berminat untuk mendapatkan khidmat beliau untuk mereka semula antaramuka laman sosial itu, Fred berkata beliau terbuka untuk sebarang perbincangan.
Jadi bagaimana, jika Facebook direka semula dengan design yang sebegini rupa, anda rasa adakah ianya akan mendapat sambutan? Memang tak dinafikan ianya sangat cool dan cantik, tapi mungkin ramai pengguna akan ambil masa untuk adjust dengan perubahan ini. Sedangkan dengan konsep timeline pun ramai yang tidak berpuas hati. Hmm..
Sumber dari You the Designer
nampak berserabut jer...
BalasPadammmg nampak serabut sikit tp at least interaktif jugak..
Padamsekali imbas macam WINDOWS 8 dan myspace versi baru jeee
BalasPadamagaknya sekarang popular dengan design macam ni.
Padam