Blog Informasi, Idea, Kreatif

Kisah Inspirasi Untuk Dijadikan Pengajaran: Jutawan Yang Bekerja Sebagai Tukang Cuci Sekolah

Tyrone Curry hanyalah seorang tukang cuci di sebuah sekolah di Washington State, Amerika namun tidak ramai yang menyangka bahawa dari kelibatnya membersih halaman sekolah beliau merupakan seorang jutawan.

Apa yang lebih menarik lagi, beliau masih lagi tinggal di rumah kecil dan menjalani kehidupan biasa sama seperti sebelum beliau menjadi jutawan tanpa diduga.

Semuanya bermula apabila Tyrone Curry berjaya memenangi loteri tujuh tahun lalu yang bernilai 3.4 juta US Dollar (kira-kira RM10.3 juta). Bagi kebanyakan orang, apabila mendapat berita memperoleh wang sebanyak itu, mungkin mereka akan cepat-cepat berhenti kerja sebagai tukang cuci dan pergi enjoy, namun tidak bagi beliau.

Sebaik beliau mendapat tahu tentang berita tersebut, Tyrone meneruskan kerjanya membersihkan halaman sekolah seperti biasa dan pada petangnya beliau meraikan kejayaan itu dengan bermain bowling bersama rakan-rakannya, aktiviti yang sering dilakukannya setiap minggu selama 25 tahun sebelumnya. Wang yang diperolehinya digunakan untuk melangsaikan hutang, memasang pagar di rumahnya dan pam air panas, serta membina laluan masuk ke rumahnya untuk kereta lamanya.

jutawan-main-bowling
rumah-kecil-jutawan

Ditanyakan kenapa beliau masih bekerja sebagai tukang cuci di sekolah tersebut, bangun pada pukul 4 pagi setiap hari sedangkan dengan wang yang diperolehinya beliau mampu membeli barang-barang mewah, Tyrone berkata, "anda haruslah teruskan bekerja, itulah adalah prinsip saya. Kadang-kadang makanan tengahari yang saya sediakan untuk pelajar di sekolah adalah satu-satunya makanan yang mereka (pelajar-pelajar miskin) dapat nikmati."

Selain itu, sebahagian besar wang yang dimenanginya disumbangkan untuk kebajikan sekolah tempatnya bekerja. Beliau yang juga merupakan jurulatih bagi pasukan olahraga di sekolah tersebut telah menyumbangkan 40 ribu dollar untuk membina trek olahraga baru dan bercadang membelanjakan lagi untuk gelanggang tenis.

tukang-cuci-jutawan

Beliau juga membiaya yuran pengajian bagi ketua pasukan olahraganya, DeVante Botello yang ditinggalkan oleh bapanya manakala ibunya baru sahaja meninggal dunia. "Jurulatih adalah manusia terhebat yang akan saya temui sepanjang hidup. Dia merupakan hero saya, hero sebenar", kata Botello.

tyrone-curry-jutawan-bekerja-tukang-cuci

Kisah ini memang boleh menjadi pengajaran dan inspirasi bagi kita semua. Dalam ketamakan hidup yang kita lalui setiap hari di mana wang mampu menggelapkan mata kita, masih ada lagi manusia seperti Tyrone Curry yang baik hati dan menganggap wang bukanlah segalanya, namun apa yang telah kita lakukan untuk menolong orang lain itulah yang lebih penting.

Mungkin hidup kita akan menjadi lebih aman jika semua manusia seperti beliau, tidak tamakkan harta dan pangkat namun sentiasa berkorban untuk kebaikan orang lain. Respect!

Sumber dari Daily Mail

6 ulasan

  1. Kisah yang sangat memberi inspirasi. Tapi bukan semua manusia sanggup melakukan begitu....

    BalasPadam
  2. terharu sgt.. sangat memberi inspirasi kepada saya !

    BalasPadam