Sebelum ini saya pernah ceritakan tentang franchise Starbucks di Jepun yang unik di mana mereka menggunakan hiasan dalaman kayu sebagai konsep.
Kali ini saya nak cerita tentang Starbucks di Jepun juga cuma kali ini konsep yang diketengahkan ialah konsep yang bertemakan perpustakaan.
Starbucks yang terletak di Tokyo ini mengetengahkan konsep perpustakaan di dalam franchise mereka di mana rekaannya dibentuk seperti perpustakaan dan buku-buku yang disediakan ialah tentang jenis-jenis minuman espresso yang berlainan. Terdapat 9 jenis variasi buku dengan kulit yang berlainan warna, dengan setiap warna mewakili setiap variasi espresso yang disediakan di Starbucks tersebut.
Pelanggan bukan sahaja boleh mempelajari tentang minuman espresso melalui buku-buku yang disediakan, malahan buku tersebut boleh dibawa ke kaunter dan ditukar dengan minuman yang dipilih. Kulit buku tersebut pula boleh disimpan oleh pembeli. Konsep perpustakaan ini mengajak pembeli untuk memilih minuman espresso seolah-olah seperti memilih buku di perpustakaan.
Satu konsep yang agak unik tapi mungkin ianya agak memakan ruang, lagipun hanya terdapat 9 variasi buku yang disediakan di dalam rak buku yang besar tersebut. Mungkin lebih baik jika ianya diisi dengan buku-buku lain di mana pelanggan boleh membacanya sambil menikmati minuman di Starbucks tersebut.
Sumber dari Flavorwire
Mmg terbaik la design starbuck kat Jepun nih...sangat kreatif.bilo lak mesia nk wat camnih???
BalasPadamkalau mysia nak buat camni rasanya lama lg kot. hehe.
Padamunik rasa bosanlah kalu ada buku2 sikit jer ce tambahkan lagi buku2 info sambil minum sambil mmbaca
BalasPadamitulah, nampak cantik tp mcm tak praktikal dan membazir pulak.
PadamNice2...
BalasPadamhaha, memang nice.
Padamnampak kosong je
BalasPadammereka ni memang mewah
sanggup sediakan ruang yang begitu besar
mewah sampai membazir pun tak boleh jugak.
PadamHurmm... letak kat kolej , politeknik dan universiti ... okey la kot
BalasPadamtp kat sana diorang suka mbaca. letak kat mana2 pun tak kisah kot. haha
Padam