Sebelum ini saya pernah paparkan tentang kehidupan sadis penduduk di Hong Kong yang terpaksa hidup dalam apartment sempit disebabkan harga hartanah yang semakin mahal di sana akibat pembangunan.
Kali ini saya nak paparkan tentang bangunan pencakar langit di Hong Kong yang diambil secara perspektif. Fotografi yang mampu memeningkan kepala apabila dilihat ini dihasilkan oleh Romain Jacquet-Lagreze, seorang jurugambar dan graphic artist dari Perancis. Siri gambar ini digelar sebagai 'Vertical Horizon' dan ianya menampilkan kepesatan pembangunan di Hong Kong dari segi senibina yang diambil dengan perspektif menegak ke atas.
Hong Kong merupakan sebuah bandaraya yang padat dengan penduduk namun dalam siri gambar ini tiada gambar penduduk yang kelihatan kerana hasrat jurugambar yang ingin menjadikan gambar-gambar ini sebagai sebuah hasil visual yang abstrak. Kalau tengok lama-lama boleh pening kepala juga dibuatnya, hehe.
sumber dari My Modern Met
pehh..lawa gila.
BalasPadammemang lawa :D
Padam