Dalam peningkatan capaian internet masa kini, bahan bacaan terutamanya surat khabar dan majalah tradisional semakin kurang mendapat sambutan dan diganti dengan bahan bacaan online. Sama juga halnya dengan saya sendiri.
Dulu saya gemar membeli surat khabar dan majalah bila masa ada duit lebih, namun tidak sekarang kerana hampir semuanya boleh didapati secara online. Namun ada satu majalah menarik ini yang masih saya beli setiap bulan jika ada kesempatan, iaitu Monocle. Saya pernah menulis mengenainya dua tahun lepas. Monocle adalah majalah antarabangsa yang memaparkan mengenai isu semasa dunia masa kini yang digabungkan bersama berita, perniagaan, isu budaya, design dan juga fesyen. Kiranya well-rounded juga isi dalam majalah ini.
Jenama Monocle ini bukan sahaja terhad kepada majalah, malahan mereka meluaskannya kepada perkara-perkara lain seperti laman web, surat khabar, stesyen radio, online shop, tv show, dan juga kafe. Baru-baru ini Monocle telah membuka cawangan kafe terbaru di London yang dijangka akan mula beroperasi 15 April ini. Jom kta tengok suasana dan detail di dalam kafe Monocle yang bakal dibuka ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan