Sebelum diberikan Hackney Carriage License (lesen memandu teksi) di London, seorang pemandu teksi haruslah lulus dalam ujian yang secara puratanya memerlukan masa tiga, empat tahun untuk menguasai setiap selok belok di London. Huh, dah macam sama jangka masa belajar di universiti pula. Bukan senang rupanya nak jadi pemandu teksi di London, kena study dan hafal peta bagai nak gila dulu. Dan paling penting, mereka tidak menggunakan GPS!
Bagaimana pula dengan di Malaysia? Saya tak tahu apa ujian yang diperlukan, tapi pernah juga saya naik teksi di KL dan terpaksa tunjukkan jalan kepada pemandu tersebut sebab dia tak tahu jalan, haha.
Seorang pelajar sedang memerah otak nak melukis laluan di atas peta bandar London dalam satu ujian
Lokasi di bandar London ditanda dalam nombor dalam satu ujian pengetahuan
Seorang pelajar sedang melukis laluan di atas peta yang dihafal dengan ingatan
sumber dari NBC
Rasanya ujian peperiksaan geografi lagi senang kot ahaks :P
BalasPadamMemang penting ujian macam nie. Kat KL ade je driver taxi yang tak taw jalan.
BalasPadam