Jika ingin meminjam buku, antara tempat yang sering dilawati adalah perpustakaan. Namun mungkin ada juga di kalangan kita yang sedikit keberatan ingin ke perpustakaan kerana faktor jarak, selain pelbagai prosedur yang perlu dilakukan sebelum meminjam buku.
Namun satu konsep perpustakaan yang diperkenalkan di New York ini memberikan lebih kemudahan untuk orang ramai meminjam buku kerana bukan sahaja ianya mudah alih, malahan prosedurnya juga mudah. Perpustakaan kecil yang menyediakan perkhidmatan meminjam buku percuma ini diilhamkan oleh Stereotank, satu studio yang ditubuhkan oleh arkitek Marcelo Ertorteguy dan Sara Valente dari Venezuela.
Struktur perpustakaan ini diperbuat daripada tangki plastik yang diterbalikkan dan rangka kayu. Bahagian dalam tangki plastik tersebut dibina dengan rak buku di mana orang ramai boleh meminjam atau memulangkan buku yang disediakan. Satu konsep yang sangat menarik. Rasanya adakah perpustakaan sebegini sesuai untuk diaplikasikan di negara kita?
Tiada ulasan
Catat Ulasan