Blog Informasi, Idea, Kreatif

Basikal Unik Yang Dikawal Menggunakan Stereng Kereta

basikal stereng kereta

Pernah tak masa anda kecil-kecil dulu berimpian menunggang basikal yang dikawal menggunakan stereng kereta? Rasa macam sangat cool dan unik kan. Kalau dapat bawa sebiji basikal macam ni pun seronok juga, hehe.

Basikal dengan stereng kereta ini direka oleh sebuah design studio dari Jepun, Taphonomy. Selain daripada keunikan bahagian stereng basikal ini yang diambil daripada kereta lama, antara ciri unik yang terdapat pada basikal ini adalah bahagian rangkanya yang diperbuat daripada trolley membeli-belah yang dikitar semula dan  dicantumkan bersama komponen basikal-basikal lama yang tidak dipakai lagi.

Digelar sebagai 'angel ring', cara pengawalan basikal ini adalah sama seperti memandu kereta, cuma mungkin ianya agak sukar dikawal berbanding basikal biasa. Walaupun konsep ini adalah sangat unik, namun mungkin sedikit tidak praktikal terutamanya pada bahagian brek yang kelihatan sedikit sukar untuk dikendalikan. Kalau berpeluang, anda rasa nak menunggang basikal ni?
bicycle with steering wheel

basikal lama kitar semula
sumber dari Design Boom

2 ulasan