Blog Informasi, Idea, Kreatif

Rumah Moden Berbentuk Kepompong Di Pulau Jeju Korea (11 Gambar)

cocoon-house

Bagi sesiapa yang minat drama Korea dan layan Kepop tu pasti tahu satu tempat di Korea bernama Pulau Jeju.

Di pulau tersebut, baru-baru ini firma senibina Planning Korea telah menghasilkan satu reka bentuk yang unik bagi kondominium mewah yang berasaskan ciri-ciri semulajadi.

Cocoon House atau Rumah Kepompong dilengkapkan dengan kolam renang outdoor yang menghadap laut, dapur dan ruang tamu, bilik persidangan, perpustakaan kecil dan taman di atas bumbung.

cocoon-house

Apa yang menarik perhatian bagi rekaan kondominium ini adalah berdasarkan namanya, iaitu struktur berbentuk kepompong yang terletak di bahagian tengah rumah tersebut. Tingkap bulat pada kepompong tersebut boleh dibuka dan ditutup bergantung kepada suhu dan kelembapan luaran dan dalaman struktur tersebut, membuatkannya seolah-olah seperti kepompong yang sebenar.

Kondo yang bakal dibina di Pulau Jeju yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO ini akan mula dibina pada September 2012 dan dijangka siap pada tahun 2015. Sebaik sahaja siap dibina, ianya akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan resort seperti pusat membeli-belah, kasino, hotel, pusat kesihatan, dan lebih banyak kondominium mewah.

jeju-island-luxury-condominium
pulau-jeju-korea
Sumber dari Archdaily

Tiada ulasan

Catat Ulasan