Blog Informasi, Idea, Kreatif

Protes Mengutuk Adidas Di Olimpik London

protes-kutuk-adidas

Penunjuk perasaan yang mengutuk jenama terkenal Adidas menjadikan sebuah bangunan yang menghadap Olympic Park di London sebagai billboard gergasi bagi mengutuk jenama tersebut atas dakwaan eksploitasi ke atas pekerja.

War on Want, pertubuhan amal anti kemiskinan yang bertapak di London memancarkan projection setinggi 65 kaki ketika kira-kira 80,000 pengunjung baru pulang dari menyaksikan lumba lari 100m akhir Ahad lepas.

Memancarkan slogan "Exploitation: Not OK Here, Not OK Anywhere" di bawah logo tiga jalur Adidas yang terkenal tersebut, mesej tersebut merupakan usaha terbaru organisasi tersebut untuk memberi kesedaran mengenai upah pekerja yang rendah, suasana kerja yang teruk, dan penderaan fizikal dan lisan terhadap hampir 775,000 pekerja yang bekerja di 1200 kilang Adidas di 65 negara.

Ahli-ahli War on Want menuduh Adidas, penaja rasmi Olimpik London 2012 mengaut 100,000 juta pounds sterling melalui penjualan cenderahati Olimpik sementara pekerja-pekerja di negara seperti Indonesia dan Bangladesh terpaksa melupakan waktu makan untuk terus hidup.

Protes tersebut diadakan berikutan laporan pekerja Adidas di Phnom Penh, Kemboja hanya menerima 10 pounds sterling seminggu, dipaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran, tidak cukup keperluan asas dan tinggal di persekitaran yang kotor.

Adidas bagaimanpun menyangkal dengan sekeras-kerasnya dakwaan War on Want tersebut walaupun mereka menghormati hak untuk melakukan protes secara aman. "Kami memandang serius tentang tuduhan ini, tapi sangat penting untuk menyatakan bahawa organisasi bukan kerajaan (NGO) bebas, Phulki, yang melawat kilang kami setiap bulan, tidak menjumpai apa-apa bukti yang mengaitkan tentang dakwaan tersebut", kata jurucakap Adidas.

Syarikat pengeluar pakaian sukan gergasi tersebut juga berkata permintaan mereka untuk bertemu dengan organisasi tersebut tidak dilayan.

"Kami menghargai dialog terbuka dan constructive dengan banyak NGO selama beberapa tahun, tapi nampaknya War on Want lebih berminat untuk melakukan kekacauan daripada berbincang dengan kami mengenai isu ini", katanya lagi.

"Adidas yakin bahawa kami mematuhi dan menjangkaui standard kualiti yang ditetapkan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik, dan kami menggesa War on Want mengendali perkara ini berdasarkan fakta, bukannya cerita rekaan."

abibas
Mungkin dah sampai masa pakai Abibas sebagai tanda protes?

Sumber dari ecouterre

Tiada ulasan

Catat Ulasan