Tapi bagaimana pula kalau Aston Martin mengeluarkan basikal pula? Basikal untuk James Bond?
Aston Martin telah bekerjasama dengan Factor Bikes untuk menghasilkan basikal versi kereta terkenal mereka iaitu Aston Martin One-77 Coupe dan menamakannya One-77 Cycle. Direka untuk penunggang basikal yang kaya tak ingat (atau untuk secret agent mungkin), One-77 Cycle digambarkan sebagai basikal paling canggih dan berteknologi tinggi di dunia dan dilengkapkan dengan ciri sistem komputer berteknologi tinggi, lampu sensor yang kompleks dan rangka diperbuat daripada serat karbon untuk membuatkannya lebih ringan.
Berapa harganya? Dengan basikal yang secanggih ini, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh jenama kereta terkemuka Aston Martin, jadi tak perlu terkejut tak percaya jika harganya menjangkau 39,000 US Dollar (RM121,780). Jadi acamam, terasa nak beli? Rasanya lagi baik beli kereta, boleh juga bawa family dan kawan-kawan makan angin.
Tapi kalau terasa nak beli juga, lebih baik order cepat sebab hanya 77 unit yang dikeluarkan di seluruh dunia (nampak signifikan nama One-77 kat situ? Bijak diorang ni)
Sumber dari Inhabitat
Tiada ulasan
Catat Ulasan